Friday, October 2, 2009

Resepi Istana yg menyelerakan...

1. Masak Tempe Santan di raja


 Bahan- Bahan
-10 keping tempe (dipotong dan di goreng terus,
-2 batang cili (dipotong halus dan di goreng)
-2 biji bawang (dipotong halus  and digoreng)
-2 sudu besar udang kering (dikisar)
-2 cawan santan (pati)

 Cara Membuat
-Masukkan santan di dalam periuk
-Selepas santan sudah betul² pekat masukkan kesemua tempe
-Selepas itu masukkan udang kering, cili dan bawang
-Kacaukan bila sudah keluar minyak dan tutup.

2. Otak² Ikan Tenggiri

Bahan-bahannya:

1 kg ikan tenggiri (ambil isinya)
1 biji kelapa parut
3 cm kunyit hidup
6 tangkai cili merah
5 batang serai dihiris
20 sen jintan manis
1 helai daun kunyit ( di hiris halus)
garam secukup rasa
beberapa helai daun kelapa

Cara Membuatnya:

1.Tumbuk ikan,kelapa parut,kunyit hidup,cili merah,serai dan jintan manis.
2.Gaul ikan dengan garam,daun kunyit dan rempah yang di tumbuk tadi hingga rata.
3.Ambil sesudu besar dan bungkus ikan dengan dua helai daun kelapa yang di temukan dan klip kedua-dua sisinya.Buat sehingga habis dan panggang di atas apisederhana hingga masak.

 3.Sri Kaya Nangka

Bahan-bahan

    *      250g isi nangka masak – dipotong dadu kecil
    *      6 biji telur
    *      100g gula pasir
    *      550g kelapa parut
    *      3 helai daun pandan – digiling halus
    *      1 cawan air

 Cara memasak

-Ramas daun pandan yang digiling halus bersama telur, kelapa parut dan air. Perah untuk mendapatkan santan pekat. Tapis dan campurkan gula. Gaul sehingga gula larut.
-Masukkan nangka ke dalam mangkuk. Tuangkan santan pekat dan kukus sehingga masak.
-Boleh dimakan begitu saja, dengan pulut atau roti.
 P/S;  Nanti nak try la. Ni resepi ni mmg akan di cuba! InsyaALLAH. Untuk suami dan anak yg tersayang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2010 | Fashion Style Muslim | Privacy Policy