Saturday, October 17, 2009

Zee Avi- kantoi


From my personal opinion bout Zee Avi- best suara dia mcm suara org 50-an kan, cute pon yer n lagu dia very creative and simple to listen.

Zee Avi hanya berumur 23 tahun tetapi dia berjiwa soul. Siapa sangka gadis yang bertubuh kecil ini mempunyai bakat yang sangat besar dan mampu membawa mesej antarabangsa dari tempat kelahirannya kepulauan borneo yang selama ini tidak dikenali hanya melalui lagu-lagunya.

Peluang untuk merakamkan debut album di LA melalui Ian Montone’s Monotone Label dan Jack Johnson’s Brushfire Records adalah umpama kisah fantasi abad ke-21. Ternyata internet telah mengubah transisi dunia muzik masa kini.




Zee Avi dilahirkan di pekan kecil Miri Sarawak di pulau Borneo dalam suasana liberal dan ayahnya memiliki konsaltansi tenaga. “Saya dididik untuk menjadi peguam,” katanya, namun darah seni mengalir dalam jiwanya. Datuk di sebelah ayahnya adalah seorang penyanyi dan mahir bermain double-bass, accordion, violin dan guitar dalam beberapa buah band.


Di usia 12 tahun, Zee Avi berhijrah ke Kuala Lumpur. Pada usia 17 tahun, dia mula mengunci dirinya dalam bilik beberapa jam untuk mempelajari gitar. Namun dia meninggalkan alat muzik itu selama 4 tahun sepanjang dia mempelajari fashion design di London. Sekembali ke Kuala Lumpur, Zee Avi kembali bermain gitar, mula menulis lagu dan membuat persembahan di dalam band.

Zee Avi mula merakamkan lagunya menggunakan webcam dan meletakkannya di youtube untuk kawan-kawannya mendengar. “Saya masih ingat yang saya berasa gembira bila seseorang yang tak dikenali memberi komen yang berbunyi – saya tak terkata, saya akan ‘favourite’kan kalau tiada masalah untuk anda.” Rupa-rupanya komen tersebut ialah dari penyanyi dan penulis lirik lagu dari UK, Kris Rowley yang menggunakan nama Zzzzzzzzap. Kris Rowley meletakkan video Zee Avi di laman webnya, dan di situlah segalanya bermula.




Sehari sebelum harijadinya yang ke 22 tahun, Zee Avi meletakkan sebuah lagi video yang kononnya video terakhir darinya berjudul “No Christmas for Me.” Bila dia menyemak email, dia menerima sebanyak 3000 komen termasuk beberapa buah tawaran rakaman album. Salah satu email datang dari Ian Montone, yang mengirimkan video youtube dari Raconteurs’ drummer, Patrick Keeler, yang menyuruh Montone menghubungi dan menawarkan album untuk Zee Avi di bawah naungan Monotone Label.


Tanpa disangka, Zee Avi terbang ke LA untuk merakamkan debut lagu bersama produser Robert Carranza di Brushfire’s Solar Powered Plastic Plant. Lagu “No Christmas for Me” dimuatkan dalam album charity, This Warm December, A Brushfire Holiday, Vol. 1.



Lagu Zee Avi mempunyai pengaruh muzik esentrik dari Cat Power, Regina Spektor, Leonard Cohen, Tom Waits, Jolie Holland, Daniel Johnston dan Chris Garneau, pengaruh jazz dari Billie Holiday dan Ella Fitzgerald, dan pengaruh klasik dari Velvet Underground dan Led Zeppelin. Ia seolah-olah menggabungkan kegelapan dan pahit manis perasaan romantik dengan sedikit harapan dan optimis.




Lagu-lagu dalam debut album Zee Avi kebanyakannya tentang perasaan orang asing yang ingin memiliki dan harapan untuk meneruskan hidup, berserta sesalan dan kehilangan, dengan sedikit kenakalan yang tidak keterlaluan. “Saya dulu adalah seorang yang suka bersendiri, “ ujar Zee Avi. Lagu “Honey Bee” pula tentang kisah dua orang pasangan bercinta yang ingin mengelakkan tekanan untuk menjadi sama seperti orang lain.

Lagu “Just You and Me” pula mempunya irama 20s New Orleans swing jazz.




“Saya mendapat pesasaan melodik dari klasik jazz yang simple, orang selalu menyanyikan perasaan mereka melalui lirik yang mudah dan tidak mempunyai terlalu banyak harmoni. Semuanya tentang kejururan. Saya sendiri adalah seorang gadis yang simple,” ujar Zee Avi.

Petikan acoustic guitar untuk lagu “Story of…” pula disemarakkan dengan suasana emo untuk menambahkan kualitinya manakala lagu “Poppy” pula tentang tamatnya hubungan cinta yang berlangsung selama dua tahun.

“Lagu-lagu saya mungkin gelap dan berat, “ akui Zee Avi. “Kebanyakannya tentang realiti percintaan, yang dikeluarkan melalui emosi saya.”

Di kala Zee Avi sibuk menimba pengalaman membuat persembahan di Kuala Lumpur, Zee Avi muncul dalam ”From the Basement”, sebuah rancangan stesen TV UK yang pernah menampilkan Radiohead’s Thom Yorke, Damien Rice, the White Stripes dan the Shins. Rancangan tersebut juga disiarkan di IFC Channel, US.

Dari Malaysia ke Los Angeles, Zee Avi sangat seronok dengan perjalanannya. “Saya masih mencubit diri sendiri kerana tak percaya,” katanya. “Ibubapa saya sering menasihati saya untuk merendah diri. Saya sungguh berasa bersyukur, dan dalam masa yang sama, saya ingin terjun atap. Ia adalah perjalanan yang menyeronokkan kerana dapat bekerja dengan orang-orang yang hebat.”


Monotone Records dimiliki oleh Ian Montone, yang mana Monotone, Inc. menguruskan the White Stripes, M.I.A., The Shins, Vampire Weekend, the Raconteurs, Against Me!, Cold War Kids, Crookers dan yang lain.

Brushfire Records pula dimiliki oleh Jack Johnson dan pengurusnya Emmett Malloy yang menaungi artis-artis seperti Rogue Wave, Matt Costa, Neil Halstead, Money Mark, G. Love, Mason Jennings, ALO dan Zach Gill.



http://www.zeeavi.com/
http://www.youtube.com/user/KokoKaina

*artikel di terjemahkan oleh haylena (TokeiKedai) berdasarkan laman web Zee Avi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2010 | Fashion Style Muslim | Privacy Policy