Friday, April 2, 2010

M e n g i n s a f k a n d i r i

Today, dengar ceramah @ TV3 Al-Hidayah, Ustazah tu bgtau la ada 4 ciri wanita solehah iaitu:-

1. Sabar
Sentiasa sabar dengan karenah anak², suami, saudara mara, n jiran tetangga. Tidak cepat naik angin dan melenting. Untuk kita menahan diri dr sifat sabar tuh, so hendaklah kita sentiasa bertasbih.

2. Selalu Bertasbih
Di galakkan kita melakukannya pd sebelum matahari terbit hingga sebelum matahari terbenam. Kemudiannya

3. Menjaga Mata
Dengan erti kata lainnya ialah mengawal nafsu, apabila kita dapat mengawal mata, contohnya mungkin ada sesetengah yg x jaga mata dan bila dia berjalan naik kereta dengan si suami dan si isteri terlihat ada kedai carpet rupanya dekat area situ, menjaga mata ni adalah salah satu cara untuk kita menghindarkan diri dari berbelanja yang tak perlu...Perempuan ni kan ada 9 nafsu dan hanya 1 akal...so, sbb tu la kena kawal mata.

4. Solat
Seperti biasa , solat 5 waktu

Dan di sini juga ada 6 jenis wanita yang patut dijauhkan iaitu:-

1. Sentiasa berkeluh kesah
Merungut dan tidak pernah bersyukur dgn apa yang ada pada dirinya.

2. Terlalu banyak keinginan
Keinginan yang melampau².

3.Sentiasa berhias (berhias 24jam)
Berhiasnya seumpamanya, bila cicak jatuh kat atas muka pon tak boleh lekat, sebab terlalu licin. Make up saja kerjanya, sampaikan dlm rumah pon nak bermake up jugak, berhias biarla ala kadar.

4.Terlalu banyak cakap
Bercakap yang lebih² dan x perlu.

5. Melihat lelaki lain lebih baik dari suaminya.

6. Sentiasa mengunkit yang kononnya si isteri lebih banyak buat kerja² di rumah dari suaminya.

Ada skit la ciri² yg patut saya ubah for the sake of my marriage. Saya nk sgt jadik wanita yg solehah di mata my hubby. InsyaALLAH kan...
Menutup aurat tuh dah ada, tp bile dengar ceramah tuh cam rs ada lg kekurangan dlm diri ini yerk. X sangka la plak. Yerla, kita ni manusia yg x perfect.

Tapi apa yg I taipkan balik ni exactly mcm dalam ceramah tu, so kalau ada salah silap maafkan ya, yang baik tu datang dr ALLAH, yg silap tu dari kelemahan saya sendiri. Okie. Sampai situ je dulu. Daaa




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2010 | Fashion Style Muslim | Privacy Policy